Hari penentuan telah hampir benar.
Takut?
Tentulah aku takut menantinya,
malah takut juga menghadapinya.
Hai ni aku merayau pekan dan desa
mencari sesuatu untuk penyelesaian hakiki.
Agar masalah ini dapat dirungkai dan dilangsai.
Penyelesaian hakiki?
Betulkah akan ada penyelesaian?
Harap-harap begitulah
harap-harap jadilah!
Tuesday, November 17, 2009
Friday, November 13, 2009
TIDAK SAMPAI HATI
Hendak berbicara secara terus terang
tentang hati yang semakin petang
sedang mencari laluan
pulang ke ladang cinta
tidak sampai hatiku
bercerita dengan lurus lidahku.
kerana budi sudah tercabar
tubuh sudah tercalar benar.
tentang hati yang semakin petang
sedang mencari laluan
pulang ke ladang cinta
tidak sampai hatiku
bercerita dengan lurus lidahku.
kerana budi sudah tercabar
tubuh sudah tercalar benar.
Subscribe to:
Posts (Atom)